LANGKAH - LANGKAH

Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menunjukkan graf  masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun kemudahan dan infrastruktur kesihatan bertambah maju dan lengkap, pelbagai wabak dan penyakit yang melanda setiap golongan tanpa mengira usia. Mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200,000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Angka yang membimbangkan ini sepatutnya menjadi polemik yang perlu diambil tindakan oleh semua pihak. Justeru, wajar untuk kita mengenal pasti cara-cara menjaga kesihatan diri dan keluarga bagi mengelakkan masalah kesihatan menimpa diri dan orang sekeliling kita. 

Terdapat pelbagai cara untuk memastikan masyarakat cakna tentang kesihatan jasmani dan rohani supaya berada dalam keadaan baik adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana ia adalah sangat mustahak untuk memastikan kesihatan diri terjamin. Untuk makluman, Malaysia telah dikategorikan antara negara yang mempunyai masalah obesiti yang tinggi di rantauu Asia. Kenyataan ini menunjukkan bahwa masyarakat kita kurang sedar akan faktor pemakanan dalam kesihatan. Kesibukan dalam pekerjaan dan pengaruh Dunia Siber telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti penggunaan piramid makanan, namun kadar penghidap obesiti tidak berkurangan. Tindakan yang sepatutnya ahli masyarakat lakukan adalah dengan mengurangkan pemakanan makanan segera dan makanan ringan yang mempunyai kadar gula dan garam tinggi. Sebaliknya, kerapkan memasak makanan sendiri di rumah dan membawa bekal ke tempat kerja atau institusi pengajian. Dengan kaedah ini kita dapat menentukan keseimbangan makanan yang kita sediakan serta dapat berjimat cermat dalam ketidak tentuan ekonomi hari ini, sekaligus dapat mengurangkan masa kita daripada melayari laman sesawang kerana mengisi masa lapang dengan membuat perkara yang berfaedah. 

Piramid Makanan

Selain itu, penjagaan kebersihan diri,keluarga dan kawasan sekitar juga adalah penting dalam memastikan masyarakat cakna tentang kesihatan mereka. Hal ini kerana, penyakit boleh berpunca daripada sisa sampah dan sebagainya. Sebagai contoh, wabak dengi yang seringkali melanda negara kita adalah disebabkan takungan air yang terbiar lama dan membolehkan nyamuk aedes untuk membiak. Hal ini terjadi, ketidakpekaan masyarakat terhadap kawasan sekeliling mereka kerana terlalu leka dengan dunia siber yang telah melalaikan mereka sehingga memberi padah terhadap diri sendiri serta orang sekeliling. Maka, setiap ahli masyarakat bertanggungjawab memastikan kawasan perumahan serta premis perniagaan atau tempat kerja masing-masing dibersihkan dengan baik dan secara berkala. Digalakkan untuk setiap organisasi membuat aktiviti bergotong-royong di kawasan perumahan atau ditempat kerja kerana dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta mengurangkan mengurangkan masa daripada melayari internet. 

Bergotong-royong


Tidak dinafikan bahawa memastikan masyarakat cakna tentang kesihatan rohani mereka adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana,  tidur adalah penting untuk tubuh badan kita seperti makan, minum dan bernafas, walaupun ia dilihat seperti aktiviti di mana tubuh badan sedang berehat tanpa melalukan apa-apa tetapi sebenarnya ketika tidur, tubuh badan kita sedang bekerja keras. Selain daripada mengembalikan tenaga, tidur juga membantu untuk penumbuhan dan pemulihan tisu. Sistem imunisasi manusia juga bergantung kepada tidur dalam membantu tubuh badan untuk pulih dari jangkitan penyakit, pembedahan dan trauma. Lebih membimbangkan apabila tidak mendapat tidur yang cukup juga boleh menyebabkan tanda-tanda penyakit depresi. Satu kajian dijalankan di Amerika pada tahun 2005 mendapati bahawa orang yang menghidap penyakit depresi dan kerisauan lebih cenderung untuk tidur kurang dari enam jam di waktu malam. Sesungguhnya, kajian mendedahkan bahawa ketika tidur, memori dan kemahiran yang dipelajari diperkuatkan dan ditambah baik dengan beralih ke kawasan otak yang lebih efisyen dan kekal, ianya satu proses yang dikenali sebagai 'penyatuan memori'. Oleh itu, waktu tidur amat penting untuk semua masyarakat kerana ia merupakan waktu untuk otak berehat setelah seharian melakukan aktiviti dan bekerja. Sehubungan itu, adalah penting untuk masyarakat tidak terlalu kerap mengabaikan masa tidur pada waktu malam kerana bersosial, bermain permainan video atau melayari laman sesawang sehingga menyebabkan diri tidak mendapat tidur yang cukup. 

Mendapatkan Tidur yang Cukup


Intihannya, setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan diri terjaga dengan melakukan cara-cara yang telah dihuraikan di atas. Usaha untuk menjaga kebersihan diri dan keluarga adalam usaha yang mulia dan wajar menerima sokongan yang positif oleh setiap pihak. Secara tidak langsung, setiap di antara kita adalah agen penyampai kepada orang sekeliling dan masyarakat secara amnya menjaga kesihatan masing-masing, pasti generasi yang cergas menjamin kualiti hidup yang lebih baik. Semoga kita terhindar daripada masalah kesihatan dan penyakit kerana pepatah melayu ada berkata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

No comments:

Post a Comment

DUNIA SIBER

  PENGAJIAN ISLAM MPU 23012 SESI II: 2022/2023 PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD SOALAN 5: DUNIA SIBER MENYELUBUNGI KEHIDUPAN HARIAN KITA. BAGAIM...