Friday, May 19, 2023

DUNIA SIBER


 

PENGAJIAN ISLAM

MPU 23012

SESI II: 2022/2023

PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD


SOALAN 5: DUNIA SIBER MENYELUBUNGI KEHIDUPAN HARIAN KITA. BAGAIMANAKAH LANGKAH YANG WAJAR DILAKSANAKAN BAGI MEMBENTUK MASYARAKAT YANG CAKNA SIHAT JASMANI MANTAP ROHANI. 


__________________________________________________________________________________



EDITOR



RAJA NURIN BATRISYIA BINTI RAJA MAINUL AMRAN
04DAT22F1007

FATIN NATASYA BINTI MUHAMMAD ANUAR LOH
04DAT22F1031


NUR FARIESYA ADRIEANA BINTI MOHD NOOR
04DAT22F11085


___________________________________________________________________________________


OBJEKTIF

Blog ini bertujuan untuk:

  1. Mengenalpasti tahap dunia siber menyelubungi kehidupan seharian masyarakat sejagat. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat membuka minda dan cara pemikiran masyarakat terhadap kegunaan dunia siber agar lebih terbuka.
  2. Mengukuhkan nilai murni peribadi dan tatasusila seseorang agar lebih cakna dengan kesihatan mereka. Hal ini bersangkut-paut dengan ketagihan seseorang melayari laman sesawang atau bermain permainan video tanpa had sehingga menyebabkan kesihatan mereka terjejas. 
  3. Mengkaji inisiatif yang boleh diambil oleh masyarakat tentang sihat jasmani mantap rohani. Dengan kajian ini, masyarakat akan lebih menghargai diri mereka sendiri.


___________________________________________________________________________________

SLOGAN


 " DUNIA HUJUNG JARI ANDA "

Dunia Hujung Jari

_________________________________________________________________________________



PENGENALAN


 Dalam meniti arus kemodenan, kehidupan manusia kini banyak tercetus perubahan dalam cara menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Tidak hairanlah sekiranya teknologi dan kecanggihan dalam cara menyampaikan maklumat sedikit sebanyak telah memberi impak yang besar dalam gaya hidup masyarakat pada masa kini. Dimana, dengan mata kasar kita dapat lihat adalah, cabaran terhadap nilai murni peribadi seseorang, budaya, pemikiran dan corak kehidupan yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran serta penghayatan agama masing-masing. Dunia masa kini yang terlalu pantas dengan hasil ledakan teknologi maklumat dan hampir setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru inovasi teknologi yang wujud. Maka, tidak hairanlah dunia siber ini berjaya merubah bentuk ideologi, pemikiran budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. 


        Pada 1990, John Naisbitt telah meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad 21 ialah maklumat. Maklumat sangat berharga sehingga dapat menjadi penentu dan penggerak kepada masa hadapan. Sudah tentu Dunia Siber membawa impak dan cabaran yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup seseorang individu. Dunia Siber juga boleh menghakis dan mengubah gaya hidup masyarakat yang tidak sihat dari segi malas bersukan, memakan makanan yang tidak sihat atau tidak mengikut piramid makanan serta cara penjagaan mental dan fizikal.

        Dengan keadaan sedemikian, pendekatan dan penggunaan Dunia Siber perlu dikawal bagi tujuan mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk Dunia Siber tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Masyarakat seharusnya berfikiran terbuka terhadap penggunaan teknologi dan maklumat yang dikemukakan bagi tujuan mendidik dan membantu ibu bapa mengawal anak-anak daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan serta dapat membentuk masyarakat yang cakna sihat jasmani mantap rohani. 


Dunia Siber 


___________________________________________________________________________________


KESAN DAN CABARAN


KESAN BAIK DAN BURUK   

        Jika dilihat dari sudut negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh masyarakat pada kini terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang berkaitan dengan Dunia Siber. Terutamanya dalam perkembangan arus semasa, kebanyakkan masyarakat menggunakan siber untuk menjalankan hubungan sosial seperti menerusi lawan sesawang Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp yang menawarkan tawaran serta perkhidmatan yang menarik serta menyeronokkan. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa lawan sesawang sebegini banyak kebaikan dan kelebihan seperti menjadi perantaraan untuk berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang  jauh. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjadi platform untuk masyarakat mencari serta mendapat maklumat tentang berita terkini atau membaca pelbagai maklumat yang menarik perhatian mereka. 

         Namun begitu, kita sebagai masyarakat yang sentiasa berwaspada haruslah sentiasa berhati-hati dengan jenayah siber yang mungkin akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Terdapat juga masyarakat yang mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga makumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi,  pelacuran, sekd bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.


CABARAN

Antara beberapa cabaran yang terdapat dalam Dunia Siber:

  • Kesahihan Maklumat

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :


يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡۤا اِنۡ جَآءَكُمۡ فَاسِقٌ ۢ بِنَبَاٍ فَتَبَيَّنُوۡۤا اَنۡ تُصِيۡبُوۡا قَوۡمًا ۢ بِجَهَالَةٍ فَتُصۡبِحُوۡا عَلٰى مَا فَعَلۡتُمۡ نٰدِمِيۡنَ٦


“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

  • Pelayaran lawan sesawang negatif
Minat dan kesukaan melewati laman-laman sesawaang yang tidak bermoral serta tidak mendatangkan faedah akan memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadapa lama sesawang negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadaap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. 

Sesungguhnya, kewujudan lawan sesawang lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasan memberi impak negatif terhdapa perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh mengahampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. 
    
Sebagaimana firman Allah dalam al-quranyang bermaksud:

        " Jangan kamu hamipiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji " [10]

  • Penyebaran fitnah dan gosip 
Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk  kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Sebagai contoh, fitnah yang disebar melalui pelbagai lawan sesawang serta aplikasi terutamanya pada musim pilihanraya. Hal ini telah mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Dimana fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya, 

    Firman Allah dalam al-quran yang bermaksud:

" Fitnah itu lebih membahayakan dari membunuh " [12]

  • Perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa
" Yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang elok itu budi yang indah itu bahasa." 
Umum mengetahui bahawa, pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan dan minuman, tingkahlaku serta hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisional setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. 

Di samping itu, seperkara menarik dalam isu Dunia Siber ini tanpa disedari adalah tentang kerosakan bahasa. Bahasa dalam sms dan 'chatting' memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama dalam kalangan remaja. Satu contoh, perkataan 'Assalamualaikum' sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti, aslm,askum, salam, assalam dan banyak lagi. Sudah terang lagi bersuluh, bahawan perkataan ini ttidak tepat dari susunan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri. 


_______________________________________________________________________________

LANGKAH-LANGKAH


Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menunjukkan graf  masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun kemudahan dan infrastruktur kesihatan bertambah maju dan lengkap, pelbagai wabak dan penyakit yang melanda setiap golongan tanpa mengira usia. Mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200,000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Angka yang membimbangkan ini sepatutnya menjadi polemik yang perlu diambil tindakan oleh semua pihak. Justeru, wajar untuk kita mengenal pasti cara-cara menjaga kesihatan diri dan keluarga bagi mengelakkan masalah kesihatan menimpa diri dan orang sekeliling kita. 

Terdapat pelbagai cara untuk memastikan masyarakat cakna tentang kesihatan jasmani dan rohani supaya berada dalam keadaan baik adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana ia adalah sangat mustahak untuk memastikan kesihatan diri terjamin. Untuk makluman, Malaysia telah dikategorikan antara negara yang mempunyai masalah obesiti yang tinggi di rantauu Asia. Kenyataan ini menunjukkan bahwa masyarakat kita kurang sedar akan faktor pemakanan dalam kesihatan. Kesibukan dalam pekerjaan dan pengaruh Dunia Siber telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti penggunaan piramid makanan, namun kadar penghidap obesiti tidak berkurangan. Tindakan yang sepatutnya ahli masyarakat lakukan adalah dengan mengurangkan pemakanan makanan segera dan makanan ringan yang mempunyai kadar gula dan garam tinggi. Sebaliknya, kerapkan memasak makanan sendiri di rumah dan membawa bekal ke tempat kerja atau institusi pengajian. Dengan kaedah ini kita dapat menentukan keseimbangan makanan yang kita sediakan serta dapat berjimat cermat dalam ketidak tentuan ekonomi hari ini, sekaligus dapat mengurangkan masa kita daripada melayari laman sesawang kerana mengisi masa lapang dengan membuat perkara yang berfaedah. 


Piramid Makanan


Selain itu, penjagaan kebersihan diri,keluarga dan kawasan sekitar juga adalah penting dalam memastikan masyarakat cakna tentang kesihatan mereka. Hal ini kerana, penyakit boleh berpunca daripada sisa sampah dan sebagainya. Sebagai contoh, wabak dengi yang seringkali melanda negara kita adalah disebabkan takungan air yang terbiar lama dan membolehkan nyamuk aedes untuk membiak. Hal ini terjadi, ketidakpekaan masyarakat terhadap kawasan sekeliling mereka kerana terlalu leka dengan dunia siber yang telah melalaikan mereka sehingga memberi padah terhadap diri sendiri serta orang sekeliling. Maka, setiap ahli masyarakat bertanggungjawab memastikan kawasan perumahan serta premis perniagaan atau tempat kerja masing-masing dibersihkan dengan baik dan secara berkala. Digalakkan untuk setiap organisasi membuat aktiviti bergotong-royong di kawasan perumahan atau ditempat kerja kerana dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta mengurangkan mengurangkan masa daripada melayari internet. 

Bergotong-royong


Tidak dinafikan bahawa memastikan masyarakat cakna tentang kesihatan rohani mereka adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana,  tidur adalah penting untuk tubuh badan kita seperti makan, minum dan bernafas, walaupun ia dilihat seperti aktiviti di mana tubuh badan sedang berehat tanpa melalukan apa-apa tetapi sebenarnya ketika tidur, tubuh badan kita sedang bekerja keras. Selain daripada mengembalikan tenaga, tidur juga membantu untuk penumbuhan dan pemulihan tisu. Sistem imunisasi manusia juga bergantung kepada tidur dalam membantu tubuh badan untuk pulih dari jangkitan penyakit, pembedahan dan trauma. Lebih membimbangkan apabila tidak mendapat tidur yang cukup juga boleh menyebabkan tanda-tanda penyakit depresi. Satu kajian dijalankan di Amerika pada tahun 2005 mendapati bahawa orang yang menghidap penyakit depresi dan kerisauan lebih cenderung untuk tidur kurang dari enam jam di waktu malam. Sesungguhnya, kajian mendedahkan bahawa ketika tidur, memori dan kemahiran yang dipelajari diperkuatkan dan ditambah baik dengan beralih ke kawasan otak yang lebih efisyen dan kekal, ianya satu proses yang dikenali sebagai 'penyatuan memori'. Oleh itu, waktu tidur amat penting untuk semua masyarakat kerana ia merupakan waktu untuk otak berehat setelah seharian melakukan aktiviti dan bekerja. Sehubungan itu, adalah penting untuk masyarakat tidak terlalu kerap mengabaikan masa tidur pada waktu malam kerana bersosial, bermain permainan video atau melayari laman sesawang sehingga menyebabkan diri tidak mendapat tidur yang cukup. 

Mendapatkan tidur yang cukup

Intihannya, setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan diri terjaga dengan melakukan cara-cara yang telah dihuraikan di atas. Usaha untuk menjaga kebersihan diri dan keluarga adalam usaha yang mulia dan wajar menerima sokongan yang positif oleh setiap pihak. Secara tidak langsung, setiap di antara kita adalah agen penyampai kepada orang sekeliling dan masyarakat secara amnya menjaga kesihatan masing-masing, pasti generasi yang cergas menjamin kualiti hidup yang lebih baik. Semoga kita terhindar daripada masalah kesihatan dan penyakit kerana pepatah melayu ada berkata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 


________________________________________________________________________________

KESIMPULAN


Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh Dunia Siber dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke masa. 

Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif dan budaya masyarakat kita, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Tiada jalan pintas dalam menangani masalah dunia siber menyelubungi kehidupan sehaian kita. Tindakan yang terbaik adalah setiap individu haruslah sedar dan tidak berada di takuk yang lama dalam lingkungan kuasa dn kemampuan yang ada. Masyarakat juga pelu cakna terhadap segala inisiatif  yang akan memastikan kesihatan sejagat berada dalam tahap yang cemerlang. Elakkan sikap apati dan tidak peduli apabila seseorang individu menegur atau menasihati kita akan kesalahan yang kita lakukan. Semoga masyarakat kita terhindar daripada gejala penyakit sekaligus menjamin keselamatan dan keamanan negara yang telah kecapi hari ini sepeti kes COVID-19. 

________________________________________________________________________________

LATIHAN PENGUKUHAN


1. Apakah kesan baik dan kesan buruk Dunia Siber terhadap kehidupan masyarakat?              

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________             3 markah


2.Huraikan contoh cabaran yang terdapat dalam dunia siber. 

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________         8 markah 


3.Jelaskan langkah-langkah yang dapat membentuk masyarakat cakna dengan kesihatan mereka.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________      9 markah 

 


________________________________________________________________________________


JAWAPAN


1. Apakah kesan baik dan kesan buruk Dunia Siber terhadap kehidupan masyarakat?              

Antara kesan baik dunia siber terdahap kehidupan masyarakat adalah menjadi perantaraan untuk berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang jauh serta dapat menjadi platform untuk masyarakat mencari serta mendapatkan maklumat tentang berita terkini atau membaca pelbagai maklumat yang dapat menarik perhatian mereka. Kesan buruk pula adalah menjadi mangsa  penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dengan pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.                     

                                                                                                                                            3 markah


2.Huraikan contoh cabaran yang terdapat dalam dunia siber. 

Cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah kesahihan maklumat kerana, maklumat yang tepat dan benar adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Selain itu, pelayaran laman sesawang negatif yang tidak mendatangkan faedah akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan minda dan fizikal manusia. Seterusnya, penyebaran fitnah dan gosip kerana dapat memburukkan, menjatuhkan dan memalukan pihak yang lain. Akhir sekali, perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa kerana penjajahan budaya hidup barat serta cara penggunaan bahasa yang merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.    

                                                                                                                                           8 markah 


3.Jelaskan langkah-langkah yang dapat membentuk masyarakat cakna dengan kesihatan mereka.

Langkah-langkah yang dapat membentuk masyarakat cakna dengan kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana dapat mengelakkan diri daripada penyakit obesiti. Selain itu, penjagaan kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekitar juga antara langkah untuk membentuk masyarakat cakna dengan kesihatan bagi mengelakkan terjebak wabak penyakit daripada sisa sampah dan sebagainya. Di samping itu, langkah yang seterusnya adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi. Hal ini demikian kerana tidur adalah penting bagi membantu penumbuhan dan pemulihan tisu serta membantu tubuh badan untuk pulih dari jangkitan penyakit. 

                                                                                                                                           9 markah 


________________________________________________________________________________


RUJUKAN














No comments:

Post a Comment

DUNIA SIBER

  PENGAJIAN ISLAM MPU 23012 SESI II: 2022/2023 PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD SOALAN 5: DUNIA SIBER MENYELUBUNGI KEHIDUPAN HARIAN KITA. BAGAIM...